Cinta kerana ALLAH - Imam Al-Ghazali
Category: Religion and Philosophy
Cinta yang hakiki yang berdasarkan kerana Allah semata-mata , ialah bila anda mencintai seseorang bukan kerana peribadinya,malah kerana kelebihan-kelenihannya yang bergantung dengan keakhiratannya .Misal cinta ini ialah cinta seorang murid kepada gurunya.Disebabkan menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya . Dan dengan ilmu itu maka si murid bakal mendapat keselamatan diakhirat . Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.
Begitu pula orang yang bersedekah dengan harta bendanya kerana menuntut keredhaan Allah , atau orang yang suka mengundang tetamu kerumahnya , lalu dihidangkan makanan yang lazat , semata-mata kerana ingin mendekatkan dirinya kepada ALLAH. Kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan sayang dan kasih terhadap tukang masaknya , kerana kemahiranya untuk menyediakan makanan-makanan yang lazat , cinta ini dikira sebagai cinta kepada ALLAH .
Contoh yang lain lagi misalnya seorang yang suka menyampaikan sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya , maka perilakunya itu dikira sebagai cinta kepada ALLAH juga . Atau orang yang mencintai pekerja yang membantu mencuci pakaiannya , membersihkan rumahnya dan memasak makanannya , yang mana dengan terlepasnya ia dari tugas-tugas ini , senanglah ia dapat menuntut ilmu atau membuat perkerjaan yang lain , sedang tujuan utama dari pekerjaan orang itu semata-mata kerana melapangkan diri untuk memperbanyakkan ibadat , maka ia juga terkirapencinta kerana ALLAH .
Begitu juga, jika ia mencintai seseorang kerana orang itu mencukupi keperluannya dari segi wang dan pakaian , makanan dan rumah dan lain-lain keperluan yang diperlukan untuk kehidupan didunia , sedang maksud dari penderma itu supaya ia dapat melapangkan dirinya untuk menuntut ilmu pengetahuan yang berguna , sambil melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah , maka cintanya itu dikira kerana ALLAH juga .
Segolongan salaf saleh yang terdahulu , sering segala keperluannya ditanggung oleh hartawan-hartawan yang murah hati . jadi dalam hal ini , kedua-dua pihak tergolong pencinta-pecinta yang mencari keredhaan Allah .
Juga , jika seseorang itu menikahi seorang wanita yang salehah untuk melindunginya dari godaan syaitan , serta memelihara agamanya atau untuk menginginkan seorang anak yang saleh dari pernikahan itu atau dia mencintai isterinya kerana menerusinya ia dapat samapai kepada tujuan-tujuan yang suci seperti contoh-contoh yang disebut diatas tadi , maka ia adalah seorang pencinta kerana ALLAH .
Demikian pula , jika seseorang itu dalam hatinya tersemat cinta kerana ALLAH dan dunia , seperti seorangyang mencintai guru yang mendidiknya , lalu ia pun mencukupkan segala keperluan guru itu didunia dengan wang dan sebagainya , maka ia dikira orang yang mencinta kerana ALLAH .
Seterusnya , bukanlah dari syarat-syarat cinta kerana ALLAH itu , ia mesti tinggalkan semua nasibnya dari harta kekayaan dunia samasekali , sebab para Nabi sering menyeru kita berdoa, agar ALLAH mencukupkan kedua-dua keperluan kita didunia dan akhirat .
Bila kecintaan seseorang kepada ALLAH menjadi kukuh , niscaya akan muncul dalam wataknya perasaan suka membantu dan menolong , serta mengutamakan orang lain dari diri sendiri , bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya dari harta,iwa dan nasihat yang baik ,
Dalam hal ini manusia adalah berbeza , munurut perbezaan darjat kecintaannya kepada ALLAH . Ia akan dicuba dalam kecintaannya itu dengan berbagai-bagai percubaan yang bertalian dengan kepentingan - kepentingan dirinya , sehingga ada kalanya semua kepentingan itu sudah tidak ada yang tinggal lagi , semuanya telah dibelanjakan bagi kepetingan orang yang dicintainya itu.Terkadang-kadang ditentukan sebahagian untuk diri sendiri , manakala yang lain diberikan kepada orang yang dicintainya.
Tidak kurang juga , orang yang membahagikan harta kekayanya kepada dua , satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi untuk kekasihnya , ada yang memberikan sepertiga dari harta kekayaannya dan ada sepersepuluh dan seterusnya . Banyak atau sedikit wang yang dibelanjakan itu bergantung pada rasa cintanya terhadap orang itu , sebab tidak dapat ditentukan darjat cinta itu melainkan dengan kadar harta yang dibelanja kepada para kekasihnya . Maka barang siapa hatinya telah telah dipenuhi oleh rasa cinta kerana Allah , tidak ada benda-benda lain yang masih dicintakan lagi , selain dari cintanya kepada ALLAH semata-mata . ketika itu ia tidak akan meninggalkan sesuatu benda pun dari harta kekayaannya , melainkan semuanya dibelanjakan kerana ALLAH.
Misalnya Abu Bakr As-Siddiq , beliau telah menyerahkan puterinya Aisyah untuk dikahwinkan dengan Rasulullah sedangkan Aisyah itu cahayamatanya , kemudian dibelanjakan semua hartanya kerana ALLAH.
Dengan itu disimpulkan , bahawasanya sesiapa yang mencintai orang alim atau 'adib , ataupun di mencintai penuntut ilmu pengetahuan atau orang yang sepanjang masa beribadat atau membuat kebajikan , maka yakinlah bahawasanya ia mencintainya itu kerana ALLAH dan untuk ALLAH , dan tentulah ia akan mendapat ganjaran pahala dan kurnia dari ALLAH menurut kadar kekuatan cintanya itu.
"Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat." (al-Baqarah: 201)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan