Featured

About this Blog

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Cinta kerana ALLAH - Imam Al-Ghazali

0 comments
Cinta kerana ALLAH - Imam Al-Ghazali
Category: Religion and Philosophy



Cinta yang hakiki yang berdasarkan kerana Allah semata-mata , ialah bila anda mencintai seseorang bukan kerana peribadinya,malah kerana kelebihan-kelenihannya yang bergantung dengan keakhiratannya .Misal cinta ini ialah cinta seorang murid kepada gurunya.Disebabkan menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya . Dan dengan ilmu itu maka si murid bakal mendapat keselamatan diakhirat . Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.

Begitu pula orang yang bersedekah dengan harta bendanya kerana menuntut keredhaan Allah , atau orang yang suka mengundang tetamu kerumahnya , lalu dihidangkan makanan yang lazat , semata-mata kerana ingin mendekatkan dirinya kepada ALLAH. Kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan sayang dan kasih terhadap tukang masaknya , kerana kemahiranya untuk menyediakan makanan-makanan yang lazat , cinta ini dikira sebagai cinta kepada ALLAH .

Contoh yang lain lagi misalnya seorang yang suka menyampaikan sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya , maka perilakunya itu dikira sebagai cinta kepada ALLAH juga . Atau orang yang mencintai pekerja yang membantu mencuci pakaiannya , membersihkan rumahnya dan memasak makanannya , yang mana dengan terlepasnya ia dari tugas-tugas ini , senanglah ia dapat menuntut ilmu atau membuat perkerjaan yang lain , sedang tujuan utama dari pekerjaan orang itu semata-mata kerana melapangkan diri untuk memperbanyakkan ibadat , maka ia juga terkirapencinta kerana ALLAH .

Begitu juga, jika ia mencintai seseorang kerana orang itu mencukupi keperluannya dari segi wang dan pakaian , makanan dan rumah dan lain-lain keperluan yang diperlukan untuk kehidupan didunia , sedang maksud dari penderma itu supaya ia dapat melapangkan dirinya untuk menuntut ilmu pengetahuan yang berguna , sambil melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah , maka cintanya itu dikira kerana ALLAH juga .

Segolongan salaf saleh yang terdahulu , sering segala keperluannya ditanggung oleh hartawan-hartawan yang murah hati . jadi dalam hal ini , kedua-dua pihak tergolong pencinta-pecinta yang mencari keredhaan Allah .

Juga , jika seseorang itu menikahi seorang wanita yang salehah untuk melindunginya dari godaan syaitan , serta memelihara agamanya atau untuk menginginkan seorang anak yang saleh dari pernikahan itu atau dia mencintai isterinya kerana menerusinya ia dapat samapai kepada tujuan-tujuan yang suci seperti contoh-contoh yang disebut diatas tadi , maka ia adalah seorang pencinta kerana ALLAH .

Demikian pula , jika seseorang itu dalam hatinya tersemat cinta kerana ALLAH dan dunia , seperti seorangyang mencintai guru yang mendidiknya , lalu ia pun mencukupkan segala keperluan guru itu didunia dengan wang dan sebagainya , maka ia dikira orang yang mencinta kerana ALLAH .

Seterusnya , bukanlah dari syarat-syarat cinta kerana ALLAH itu , ia mesti tinggalkan semua nasibnya dari harta kekayaan dunia samasekali , sebab para Nabi sering menyeru kita berdoa, agar ALLAH mencukupkan kedua-dua keperluan kita didunia dan akhirat .

Bila kecintaan seseorang kepada ALLAH menjadi kukuh , niscaya akan muncul dalam wataknya perasaan suka membantu dan menolong , serta mengutamakan orang lain dari diri sendiri , bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya dari harta,iwa dan nasihat yang baik ,

Dalam hal ini manusia adalah berbeza , munurut perbezaan darjat kecintaannya kepada ALLAH . Ia akan dicuba dalam kecintaannya itu dengan berbagai-bagai percubaan yang bertalian dengan kepentingan - kepentingan dirinya , sehingga ada kalanya semua kepentingan itu sudah tidak ada yang tinggal lagi , semuanya telah dibelanjakan bagi kepetingan orang yang dicintainya itu.Terkadang-kadang ditentukan sebahagian untuk diri sendiri , manakala yang lain diberikan kepada orang yang dicintainya.

Tidak kurang juga , orang yang membahagikan harta kekayanya kepada dua , satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi untuk kekasihnya , ada yang memberikan sepertiga dari harta kekayaannya dan ada sepersepuluh dan seterusnya . Banyak atau sedikit wang yang dibelanjakan itu bergantung pada rasa cintanya terhadap orang itu , sebab tidak dapat ditentukan darjat cinta itu melainkan dengan kadar harta yang dibelanja kepada para kekasihnya . Maka barang siapa hatinya telah telah dipenuhi oleh rasa cinta kerana Allah , tidak ada benda-benda lain yang masih dicintakan lagi , selain dari cintanya kepada ALLAH semata-mata . ketika itu ia tidak akan meninggalkan sesuatu benda pun dari harta kekayaannya , melainkan semuanya dibelanjakan kerana ALLAH.

Misalnya Abu Bakr As-Siddiq , beliau telah menyerahkan puterinya Aisyah untuk dikahwinkan dengan Rasulullah sedangkan Aisyah itu cahayamatanya , kemudian dibelanjakan semua hartanya kerana ALLAH.

Dengan itu disimpulkan , bahawasanya sesiapa yang mencintai orang alim atau 'adib , ataupun di mencintai penuntut ilmu pengetahuan atau orang yang sepanjang masa beribadat atau membuat kebajikan , maka yakinlah bahawasanya ia mencintainya itu kerana ALLAH dan untuk ALLAH , dan tentulah ia akan mendapat ganjaran pahala dan kurnia dari ALLAH menurut kadar kekuatan cintanya itu.


"Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat." (al-Baqarah: 201)

‘Ice Breaker’

0 comments


‘Ice breaker’ atau lebih dikenali sebagai sesi taaruf adalah satu aktiviti untuk melahirkan satu suasana yang ceria di mana peserta boleh ambil bahagian dan belajar.

‘Ice breaker’ adalah cara yang berkesan untuk memulakan satu program seperti program ‘team-building’. Ia berperanan sebagai “pembuka selera” sebelum memulakan suatu program.

‘Ice breaker’ biasanya diadakan sebagai aktiviti pemanas badan untuk ahli kumpulan mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan ikatan silaturrahim. Biasanya aktiviti ini akan tertumpu pada perkongsian tentang peribadi diri seperti nama, hobi dan lain-lain.

Mengapa ‘ice breaker’?

Satu aktiviti atau game ice breaking yang dirancang dengan teliti dan dijalankan dengan lancar akan mempengaruhi perjalanan sepanjang program. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para peserta dapat mengenali antara satu sama lain, dengan para fasilitator dan mempelajari objektif program. Dengan cara ini, peserta dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti lain dan menyumbang dengan lebih berkesan.

Bila masanya untuk menjalankan aktiviti ice breaking?

Sesi ice breaking dirancang untuk melepaskan kekakuan/kebekuan antara peserta dengan peserta atau antara peserta dengan Fasilitator, menghilangkan blok-blok yang ada, dan saling mengenal antara satu dengan yang lain dalam bentuk fun games dalam kelompok besar.
Sesi ini dijalankan apabila:
• Peserta berasa tidak selesa untuk bekerjasama
• Peserta tidak mengenali antara satu sama lain
• Peserta berkumpul untuk satu tujuan yang khusus


Aktiviti yang boleh dijalankan semasa membuat ‘ice breaking’
• Membentuk nama kumpulan, berdasarkan nama haiwan. Nyatakan kenapa anda
memilih nama haiwan tersebut. Nyatakan lima@5 nilai2 positif dan negatif
yang ada pada haiwan tersebut.
• Melantik atau memilih ketua dan penolong bagi setiap kumpulan.
• Membuat ‘trademark’ kumpulan. Kombinasi suara,musik,kata sorak dan
pergerakkan.
• Membuat bendera kumpulan, dan penjelasan bagi setiap objek yang terdapat
pada bendera tersebut.
• Membuat misi visi dan moto kumpulan
• Penyelesaian masalah dan pembentangan hasil kerja.

* Perkara yg paling penting adalah seorang fesi hendaklah kreatif kerana aktiviti diatas ini adalah sudah menjadi kebiasaan dalam sesebuah LDK. Maka, cara lain adalah digalakkan selagi mana objektif untuk sesi ice breaking ini tercapai.