Featured

About this Blog

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Kenali Diri Anda.....

Diri anda amat berharga dari segala-galanya. Hargai anda sebagai seorang insan yang tidak hanya berpandukan kepada kebijaksanaan anda, pencapaian akademik ataupun dari segi keupayaan kerja anda. Jadilah diri anda sendiri. Hargailah pendapat anda sendiri sebagaimana anda menghargai pendapat orang lain. Belajarlah mengawal tindakbalas dengan membayangkan kesan tindakan anda.

Apa yang anda rasa dari kesan tindakan anda? Bertindakbalaslah demi memenuhi kepuasan anda. Bina lakaran kerja diri, catatkan matlamat serta keutamaan peribadi dan bacalah berulangkali. Jangan kecewa sekiranya apa yang dirancangkan tidak menjadi. Tumpukan kepada kejayaan anda. Ingatlah sedikit kejayaan akan cepat dibina setara dengan sedikit kegagalan. Berilah masa serta peluang kepada diri anda untuk berubah. Maafkanlah diri anda dari kesalahan yang telah dilakukan. Jangan terlalu memikirkan kesempurnaan diri.

Capailah matlamat mengikut keupayaan diri tanpa mengambil kira kemampuan anda. Janganlah membiarkan kekurangan yang ada sebagai alasan kepada kegagalan anda. Fikirlah bahawa anda telah merancangkan dengan begitu teliti tentang kejayaan anda. Sekiranya anda berasa sedih dan tidak berkeupayaan, bayangkan kejadian yang lebih baik akan berlaku. Gembar-gemburkan fantasi anda dan ketawalah akan fantasi anda itu. Apa yang anda lakukan hanyalah untuk meletakkan situasi anda kepada sikap yang lebih positif dan luas.

Andainya anda tidak bermaya, temuilah seseorang yang anda rasakan dapat memberi dorongan kepada anda untuk mencapai kejayaan.

KENALI KERJA ANDA

Ingatlah bahawa tiada siapa yang boleh memaksa anda melakukan kerja anda. Sekiranya anda ingin melakukannya, jangan membazir tenaga kepada perkara lain dengan mambuat keputusan sendiri. Kerja dengan pantas. Lebih cepat ianya disiapkan lebih banyak masa terluang untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Anda juga mengalami kerisauan yang berkurangan, jadi anda berpeluang untuk mengenalpasti masalah-masalah serta kesalahan-kesalahan pada kerja-kerja anda.

Buat jangkaan terhadap sesuatu tekanan kerja sebagai pemangkin untuk anda bertindak. Setiap individu mempunyai cara kerja berbeza. Sesetengah individu perlukan persaingan untuk hasil yang terbaik manakala sesetengahnya pula mengikut keupayaan mereka. Hormatilah cara kerja anda dan susunlah mengikut kesesuaian anda.

Sekiranya jadual kerja anda padat, buatlah mengikut keselesaan anda dalam membina semangat bekerja. Jika perlu, berhenti sekejap untuk mengingatkan diri anda mengapa anda memilih kerja tersebut dan apa yang anda harapkan dari melakukan kerja-kerja tersebut. Sekiranya berpuashati, beri pujian kepada diri anda kerana anda boleh melaksanakannya.

Kerja yang selesai, akan meningkatkan motivasi serta minat ke tahap yang maksimum. Selesaikan kerja anda mengikut peringkat setiap hari.


MENGUBAH DIRI ANDA

Inilah yg paling sukar dilakukan oleh seseorang, mereka hanya tahu bercakap dan bercakap dan bercakap sahaja, sungguh besar cita-cita untuk merubah satu organisasi, persatuan, kelab, bangsa, agama bahkan negara, tetapi perkara yang paling asas iaitu merubah diri sendiri dahulu tidak diambil peduli.

"Manusia mudah lupa". Inilah kalimat yang selalu kita dengar. Bahkan selalu disebut-sebut di dalam motivasi mahupun ceramah agama. Adakah kita ambil peduli dan ambil kesedaran dari perkara tersebut. BERTUAH!!! Tetapi kita ulang dan sebut balik kalimat itu untuk sedarkan orang lain ada. Tetapi, adakah kita guna kalimat itu untuk sedarkan diri kita dahulu?? Tepuk dada tanya iman.

Hendak nasihat orang, cermin diri kita dahulu. Orang sekarang ini bukan hendah ikut cara nabi ataupun sahabat masa dahulu, iaitu tatacara untuk nasihat. Sebagai contoh, Saidina Umar Al-Khattab didatangi seorang sahabat supaya menegur jemaah yang makan bawang sebelum solat kerana baunya yang mengganggu orang lain, Saidina Umar mengambil masa 3 hari untuk berbuat demikian kerana beliau sendiri turut berbuat demikian, dan menghentikan perbuatan tersebut selama 3 hari sebelum menegur orang lain. Kita pula sekarang ni, tahu hendak menegur sahaja, pantang disuruh untuk tegur orang, cepat sahaja nak buat.

Kebiasaan perkara ini berlaku apabila seseorang itu mempunyai kuasa atau ada hak untuk bersuara dan bertanggungjawab untuk melakukannya. Gunakan kuasa atau tanggungjawab itu sebaik-baiknya sebelum kita disoal kelak.

-: Saya juga manusia biasa, turut melakukan khilaf dan salah :-

0 comments:

Catat Ulasan