Featured

About this Blog

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Muhasabah diri sempena Tahun Baru 2010

0 comments
Muhasabah diri sambut tahun baru lebih digalak

SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab dengan beberapa jawapan atau maklum balas segera yang biasa didengar selama ini.

Antaranya ialah haram menyambut kedatangan tahun baru Masihi yang bukan tahun Islam.

Tulisan ini sama sekali tidak bertujuan membincang atau mempertikaikan maklum balas berkenaan tetapi sekadar mengajak pembaca bermuhasabah mengenai hal yang berlegar di sekitar kita seharian.

Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari daripada sudut pergerakan dan peredaran masa.

Tuntutan supaya mengambil berat mengenai masa jelas disebut dalam al- Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr yang bererti masa.

Firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al Ashr, ayat 1 hingga 3).

Begitulah firman Allah yang menuntut manusia sentiasa berhati-hati dalam meniti masa hidup mereka.

Semuanya memerlukan nilai pengisian yang tinggi (amal soleh) supaya tidak mengalami kerugian.

Tuntutan bermuhasabah amat jelas dalam surah yang ringkas dan padat ini. Sebenarnya, wujud jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam.

Tahun Masihi dikira menurut `peredaran’ matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-syamsi untuk menentukan musim kerja atau aktiviti manusia.

Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat.

Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu. Contohnya musim haji dan puasa.

Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.

Hal ini memberikan cabaran berbeza kepada mereka ketika menunaikan ibadat berkenaan. Di sinilah terserlah cabaran jihad ketika menunaikan ibadat.

Kepentingan menghitung tarikh as-Syamsi terserlah dalam al-Quran melalui cerita Nabi Yusuf ketika membuat tafsiran mimpi raja Mesir.

Al-Quran menerusi ayat 46 hingga 49 Surah Yusuf menceritakan kisah berkenaan sebagai: “(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): `Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku, moga mereka dapat mengetahui tafsirannya’. Yusuf menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai- tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).”

Kepentingan memerhati perubahan musim seperti yang diceritakan dalam ayat di atas berdasarkan tarikh as-Syamsi iaitu mengenal pasti perubahan cuaca untuk memudahkan aktiviti pertanian selepas mendapat isyarat daripada mimpi raja.

Menyambut tahun baru ini dengan ibadat, itulah yang dapat dikatakan sebagai jawapan kepada soalan awal tadi. Ibadat yang dimaksudkan ialah muhasabah.

Muhasabah harus bermula daripada diri sendiri, menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri.

Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti yang setara dengan apa yang Allah tetapkan standardnya iaitu amal soleh.

Amal soleh yang dimaksudkan bukan sekadar amalan berbentuk ritual seperti sembahyang, puasa atau haji, sebaliknya semua aktiviti dan amalan harian termasuk cara berhubung dengan ahli keluarga, masyarakat, cara menilai atau mena’kul sesuatu perkara.

Setiap kali tiba tahun baru kita menanam azam yang bukan sedikit. Ada yang tidak sabar menunggu kiraan detik akhir menjelang tahun baru, mengadakan pesta, konsert dan sebagainya khusus untuk menyambut tahun baru.

Tidak ramai sedar atau terfikir untuk menganjurkan majlis muhasabah bagi menilai semula aktiviti atau produktiviti selama setahun berlalu.

Mungkin majlis seperti ini boleh dianjurkan pada peringkat organisasi, masyarakat setempat sehinggalah ke peringkat keluarga.

Sekiranya dilakukan majlis muhasabah di peringkat organisasi perniagaan atau keluarga, salah satu agenda yang patut dibincangkan ialah pengiraan zakat.

Seelok-eloknya akhiri pertemuan muhasabah ini dengan doa selamat atau tahlil atau boleh juga dilakukan solat hajat memohon diberi rezeki yang lebih dalam musim yang akan datang.

Suasana ibadat dan ukhuwah akan terserlah daripada amalan seperti ini.


Sumber artikel : IKIM


*Renung2kanlah apa pula hukum menyambut tahun baru ditempat2 yang tebuka dimana tiada batas antara lelaki dan perempuan dan........... (fikir2 kan lah....)

Kenali Diri Anda.....

0 comments
Diri anda amat berharga dari segala-galanya. Hargai anda sebagai seorang insan yang tidak hanya berpandukan kepada kebijaksanaan anda, pencapaian akademik ataupun dari segi keupayaan kerja anda. Jadilah diri anda sendiri. Hargailah pendapat anda sendiri sebagaimana anda menghargai pendapat orang lain. Belajarlah mengawal tindakbalas dengan membayangkan kesan tindakan anda.

Apa yang anda rasa dari kesan tindakan anda? Bertindakbalaslah demi memenuhi kepuasan anda. Bina lakaran kerja diri, catatkan matlamat serta keutamaan peribadi dan bacalah berulangkali. Jangan kecewa sekiranya apa yang dirancangkan tidak menjadi. Tumpukan kepada kejayaan anda. Ingatlah sedikit kejayaan akan cepat dibina setara dengan sedikit kegagalan. Berilah masa serta peluang kepada diri anda untuk berubah. Maafkanlah diri anda dari kesalahan yang telah dilakukan. Jangan terlalu memikirkan kesempurnaan diri.

Capailah matlamat mengikut keupayaan diri tanpa mengambil kira kemampuan anda. Janganlah membiarkan kekurangan yang ada sebagai alasan kepada kegagalan anda. Fikirlah bahawa anda telah merancangkan dengan begitu teliti tentang kejayaan anda. Sekiranya anda berasa sedih dan tidak berkeupayaan, bayangkan kejadian yang lebih baik akan berlaku. Gembar-gemburkan fantasi anda dan ketawalah akan fantasi anda itu. Apa yang anda lakukan hanyalah untuk meletakkan situasi anda kepada sikap yang lebih positif dan luas.

Andainya anda tidak bermaya, temuilah seseorang yang anda rasakan dapat memberi dorongan kepada anda untuk mencapai kejayaan.

KENALI KERJA ANDA

Ingatlah bahawa tiada siapa yang boleh memaksa anda melakukan kerja anda. Sekiranya anda ingin melakukannya, jangan membazir tenaga kepada perkara lain dengan mambuat keputusan sendiri. Kerja dengan pantas. Lebih cepat ianya disiapkan lebih banyak masa terluang untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Anda juga mengalami kerisauan yang berkurangan, jadi anda berpeluang untuk mengenalpasti masalah-masalah serta kesalahan-kesalahan pada kerja-kerja anda.

Buat jangkaan terhadap sesuatu tekanan kerja sebagai pemangkin untuk anda bertindak. Setiap individu mempunyai cara kerja berbeza. Sesetengah individu perlukan persaingan untuk hasil yang terbaik manakala sesetengahnya pula mengikut keupayaan mereka. Hormatilah cara kerja anda dan susunlah mengikut kesesuaian anda.

Sekiranya jadual kerja anda padat, buatlah mengikut keselesaan anda dalam membina semangat bekerja. Jika perlu, berhenti sekejap untuk mengingatkan diri anda mengapa anda memilih kerja tersebut dan apa yang anda harapkan dari melakukan kerja-kerja tersebut. Sekiranya berpuashati, beri pujian kepada diri anda kerana anda boleh melaksanakannya.

Kerja yang selesai, akan meningkatkan motivasi serta minat ke tahap yang maksimum. Selesaikan kerja anda mengikut peringkat setiap hari.


MENGUBAH DIRI ANDA

Inilah yg paling sukar dilakukan oleh seseorang, mereka hanya tahu bercakap dan bercakap dan bercakap sahaja, sungguh besar cita-cita untuk merubah satu organisasi, persatuan, kelab, bangsa, agama bahkan negara, tetapi perkara yang paling asas iaitu merubah diri sendiri dahulu tidak diambil peduli.

"Manusia mudah lupa". Inilah kalimat yang selalu kita dengar. Bahkan selalu disebut-sebut di dalam motivasi mahupun ceramah agama. Adakah kita ambil peduli dan ambil kesedaran dari perkara tersebut. BERTUAH!!! Tetapi kita ulang dan sebut balik kalimat itu untuk sedarkan orang lain ada. Tetapi, adakah kita guna kalimat itu untuk sedarkan diri kita dahulu?? Tepuk dada tanya iman.

Hendak nasihat orang, cermin diri kita dahulu. Orang sekarang ini bukan hendah ikut cara nabi ataupun sahabat masa dahulu, iaitu tatacara untuk nasihat. Sebagai contoh, Saidina Umar Al-Khattab didatangi seorang sahabat supaya menegur jemaah yang makan bawang sebelum solat kerana baunya yang mengganggu orang lain, Saidina Umar mengambil masa 3 hari untuk berbuat demikian kerana beliau sendiri turut berbuat demikian, dan menghentikan perbuatan tersebut selama 3 hari sebelum menegur orang lain. Kita pula sekarang ni, tahu hendak menegur sahaja, pantang disuruh untuk tegur orang, cepat sahaja nak buat.

Kebiasaan perkara ini berlaku apabila seseorang itu mempunyai kuasa atau ada hak untuk bersuara dan bertanggungjawab untuk melakukannya. Gunakan kuasa atau tanggungjawab itu sebaik-baiknya sebelum kita disoal kelak.

-: Saya juga manusia biasa, turut melakukan khilaf dan salah :-

Bersawang...

0 comments
Udah lame x hupdate blog nie rupa-rupanya. Sbnrnya nk update tp, disbbkn x de mood x jd update. Lgpun tgh cari layout yg elok sikit. Lps ni sy update & change layout yg lbh menarik sikit. La ni tgh cari idea.......(^_^)