Featured

About this Blog

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Muhasabah diri sempena Tahun Baru 2010

0 comments
Muhasabah diri sambut tahun baru lebih digalak

SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab dengan beberapa jawapan atau maklum balas segera yang biasa didengar selama ini.

Antaranya ialah haram menyambut kedatangan tahun baru Masihi yang bukan tahun Islam.

Tulisan ini sama sekali tidak bertujuan membincang atau mempertikaikan maklum balas berkenaan tetapi sekadar mengajak pembaca bermuhasabah mengenai hal yang berlegar di sekitar kita seharian.

Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari daripada sudut pergerakan dan peredaran masa.

Tuntutan supaya mengambil berat mengenai masa jelas disebut dalam al- Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr yang bererti masa.

Firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al Ashr, ayat 1 hingga 3).

Begitulah firman Allah yang menuntut manusia sentiasa berhati-hati dalam meniti masa hidup mereka.

Semuanya memerlukan nilai pengisian yang tinggi (amal soleh) supaya tidak mengalami kerugian.

Tuntutan bermuhasabah amat jelas dalam surah yang ringkas dan padat ini. Sebenarnya, wujud jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam.

Tahun Masihi dikira menurut `peredaran’ matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-syamsi untuk menentukan musim kerja atau aktiviti manusia.

Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat.

Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu. Contohnya musim haji dan puasa.

Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.

Hal ini memberikan cabaran berbeza kepada mereka ketika menunaikan ibadat berkenaan. Di sinilah terserlah cabaran jihad ketika menunaikan ibadat.

Kepentingan menghitung tarikh as-Syamsi terserlah dalam al-Quran melalui cerita Nabi Yusuf ketika membuat tafsiran mimpi raja Mesir.

Al-Quran menerusi ayat 46 hingga 49 Surah Yusuf menceritakan kisah berkenaan sebagai: “(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): `Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku, moga mereka dapat mengetahui tafsirannya’. Yusuf menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai- tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).”

Kepentingan memerhati perubahan musim seperti yang diceritakan dalam ayat di atas berdasarkan tarikh as-Syamsi iaitu mengenal pasti perubahan cuaca untuk memudahkan aktiviti pertanian selepas mendapat isyarat daripada mimpi raja.

Menyambut tahun baru ini dengan ibadat, itulah yang dapat dikatakan sebagai jawapan kepada soalan awal tadi. Ibadat yang dimaksudkan ialah muhasabah.

Muhasabah harus bermula daripada diri sendiri, menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri.

Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti yang setara dengan apa yang Allah tetapkan standardnya iaitu amal soleh.

Amal soleh yang dimaksudkan bukan sekadar amalan berbentuk ritual seperti sembahyang, puasa atau haji, sebaliknya semua aktiviti dan amalan harian termasuk cara berhubung dengan ahli keluarga, masyarakat, cara menilai atau mena’kul sesuatu perkara.

Setiap kali tiba tahun baru kita menanam azam yang bukan sedikit. Ada yang tidak sabar menunggu kiraan detik akhir menjelang tahun baru, mengadakan pesta, konsert dan sebagainya khusus untuk menyambut tahun baru.

Tidak ramai sedar atau terfikir untuk menganjurkan majlis muhasabah bagi menilai semula aktiviti atau produktiviti selama setahun berlalu.

Mungkin majlis seperti ini boleh dianjurkan pada peringkat organisasi, masyarakat setempat sehinggalah ke peringkat keluarga.

Sekiranya dilakukan majlis muhasabah di peringkat organisasi perniagaan atau keluarga, salah satu agenda yang patut dibincangkan ialah pengiraan zakat.

Seelok-eloknya akhiri pertemuan muhasabah ini dengan doa selamat atau tahlil atau boleh juga dilakukan solat hajat memohon diberi rezeki yang lebih dalam musim yang akan datang.

Suasana ibadat dan ukhuwah akan terserlah daripada amalan seperti ini.


Sumber artikel : IKIM


*Renung2kanlah apa pula hukum menyambut tahun baru ditempat2 yang tebuka dimana tiada batas antara lelaki dan perempuan dan........... (fikir2 kan lah....)

Kenali Diri Anda.....

0 comments
Diri anda amat berharga dari segala-galanya. Hargai anda sebagai seorang insan yang tidak hanya berpandukan kepada kebijaksanaan anda, pencapaian akademik ataupun dari segi keupayaan kerja anda. Jadilah diri anda sendiri. Hargailah pendapat anda sendiri sebagaimana anda menghargai pendapat orang lain. Belajarlah mengawal tindakbalas dengan membayangkan kesan tindakan anda.

Apa yang anda rasa dari kesan tindakan anda? Bertindakbalaslah demi memenuhi kepuasan anda. Bina lakaran kerja diri, catatkan matlamat serta keutamaan peribadi dan bacalah berulangkali. Jangan kecewa sekiranya apa yang dirancangkan tidak menjadi. Tumpukan kepada kejayaan anda. Ingatlah sedikit kejayaan akan cepat dibina setara dengan sedikit kegagalan. Berilah masa serta peluang kepada diri anda untuk berubah. Maafkanlah diri anda dari kesalahan yang telah dilakukan. Jangan terlalu memikirkan kesempurnaan diri.

Capailah matlamat mengikut keupayaan diri tanpa mengambil kira kemampuan anda. Janganlah membiarkan kekurangan yang ada sebagai alasan kepada kegagalan anda. Fikirlah bahawa anda telah merancangkan dengan begitu teliti tentang kejayaan anda. Sekiranya anda berasa sedih dan tidak berkeupayaan, bayangkan kejadian yang lebih baik akan berlaku. Gembar-gemburkan fantasi anda dan ketawalah akan fantasi anda itu. Apa yang anda lakukan hanyalah untuk meletakkan situasi anda kepada sikap yang lebih positif dan luas.

Andainya anda tidak bermaya, temuilah seseorang yang anda rasakan dapat memberi dorongan kepada anda untuk mencapai kejayaan.

KENALI KERJA ANDA

Ingatlah bahawa tiada siapa yang boleh memaksa anda melakukan kerja anda. Sekiranya anda ingin melakukannya, jangan membazir tenaga kepada perkara lain dengan mambuat keputusan sendiri. Kerja dengan pantas. Lebih cepat ianya disiapkan lebih banyak masa terluang untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Anda juga mengalami kerisauan yang berkurangan, jadi anda berpeluang untuk mengenalpasti masalah-masalah serta kesalahan-kesalahan pada kerja-kerja anda.

Buat jangkaan terhadap sesuatu tekanan kerja sebagai pemangkin untuk anda bertindak. Setiap individu mempunyai cara kerja berbeza. Sesetengah individu perlukan persaingan untuk hasil yang terbaik manakala sesetengahnya pula mengikut keupayaan mereka. Hormatilah cara kerja anda dan susunlah mengikut kesesuaian anda.

Sekiranya jadual kerja anda padat, buatlah mengikut keselesaan anda dalam membina semangat bekerja. Jika perlu, berhenti sekejap untuk mengingatkan diri anda mengapa anda memilih kerja tersebut dan apa yang anda harapkan dari melakukan kerja-kerja tersebut. Sekiranya berpuashati, beri pujian kepada diri anda kerana anda boleh melaksanakannya.

Kerja yang selesai, akan meningkatkan motivasi serta minat ke tahap yang maksimum. Selesaikan kerja anda mengikut peringkat setiap hari.


MENGUBAH DIRI ANDA

Inilah yg paling sukar dilakukan oleh seseorang, mereka hanya tahu bercakap dan bercakap dan bercakap sahaja, sungguh besar cita-cita untuk merubah satu organisasi, persatuan, kelab, bangsa, agama bahkan negara, tetapi perkara yang paling asas iaitu merubah diri sendiri dahulu tidak diambil peduli.

"Manusia mudah lupa". Inilah kalimat yang selalu kita dengar. Bahkan selalu disebut-sebut di dalam motivasi mahupun ceramah agama. Adakah kita ambil peduli dan ambil kesedaran dari perkara tersebut. BERTUAH!!! Tetapi kita ulang dan sebut balik kalimat itu untuk sedarkan orang lain ada. Tetapi, adakah kita guna kalimat itu untuk sedarkan diri kita dahulu?? Tepuk dada tanya iman.

Hendak nasihat orang, cermin diri kita dahulu. Orang sekarang ini bukan hendah ikut cara nabi ataupun sahabat masa dahulu, iaitu tatacara untuk nasihat. Sebagai contoh, Saidina Umar Al-Khattab didatangi seorang sahabat supaya menegur jemaah yang makan bawang sebelum solat kerana baunya yang mengganggu orang lain, Saidina Umar mengambil masa 3 hari untuk berbuat demikian kerana beliau sendiri turut berbuat demikian, dan menghentikan perbuatan tersebut selama 3 hari sebelum menegur orang lain. Kita pula sekarang ni, tahu hendak menegur sahaja, pantang disuruh untuk tegur orang, cepat sahaja nak buat.

Kebiasaan perkara ini berlaku apabila seseorang itu mempunyai kuasa atau ada hak untuk bersuara dan bertanggungjawab untuk melakukannya. Gunakan kuasa atau tanggungjawab itu sebaik-baiknya sebelum kita disoal kelak.

-: Saya juga manusia biasa, turut melakukan khilaf dan salah :-

Bersawang...

0 comments
Udah lame x hupdate blog nie rupa-rupanya. Sbnrnya nk update tp, disbbkn x de mood x jd update. Lgpun tgh cari layout yg elok sikit. Lps ni sy update & change layout yg lbh menarik sikit. La ni tgh cari idea.......(^_^)

Selamat Hari Raya

0 comments


Sempena Hari lebaran yg akan tiba, sy dengan ini menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ade khilaf dan dosa, salah dan silap, serta terlanjur kata diminta maafkan ek.....

Selamat HAri Raya.. Maaf Zahir & Batin...
Berhati2 dijalan raya.. Jangan merempit..(",)

Balik kampong.....

0 comments
Tanggal 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430H (hari Khamis)
Aku akan pulang ke kampung sempena lebaran yang mungkin akan tiba pada hari ahad ni...
Sapa la x suka beraya dikampung, pengalaman beraya di kampung jauuhhh bezanya beraya dibandar.(betul x..huhu). Masa raya ni la bila kat kampung kita merasa masak lemang(cari sendiri buluh), masak dodol, buat ketupat sama2, masak kuih(selalunya bila dh balik kueh raye confirm dah ade..(",)) dan banyak lagi la.....

Yang penting suasana di kampung jauh beza dr di bandar, dengan aroma dan suasana nya yg membuatkn sy tidak sabar2 utk pulang ke kampung. Tp, yg paling penting mestilah nak jumpa dgn tok dan tok wan di kampung. Klu x, apa guna nama kampung..Hehehe....

Sedikit latar belakang kampung aku yang aku download dari internet (Gambar sbnr sume dlm bentuk filem, sbb aku mana ada kamera digital masa dolu2)...




Sign board ke Batu Kurau




Pekan batu kurau




PEmandangn sebelum masuk ke kampung

Indah pemandangan di kampung, lebih2 lagi kampung sya berada tidak jauh dari kaki bukit, air mandi pun guna air sungai, tp x lah sampai kene tangguk air sendiri, la ni dah advance ade sistem pempaipan, tp air yg digunakan tetap air sungai sbb bila hujan confirm air tu keruh dan kadang2 terkeluar lumut..huhu...

Indahnya berada di kampung (sambil terbayang2) Hehehehe....

OK la. Kepada kawan2 semua, selamat beraya dikampung, berhati2 di jalan raya..(",)

Kursus Dengan Al-Fadhil Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah #2

0 comments
3 Kategori Manusia

Orang Yang Berjaya (Beruntung)
- Hari ini lbh baik drpd semalam
Orang Yang Terpedaya
- Hari ini sama seperti semalam
Orang Yang Celaka
-Hari ini lebih teruk drpd semalam


15 Kesilapan dalam kepimpinan

1. Gagal mengurus diri
2. Enggan bertanggungjawab
3. Gagal membangunkan anak buah
4. Mendidik anak buah menjadi Pak Turut
5. Berkawan dengan kumpulan yang silap
6. Mengurus setiap orang dengan cara yang sama
7. Terlepas pandang mengenai kepentingan kewangan
8. Menumpukan kepada masalah dan bukan kepada matlamat
9. Menjadi kawan dan tidak menjadi ketua
10. Gagal menentukan standard
11. Gagal mendisiplinkan anak buah
12. Membenarkan kemungkaran berlaku
13. Menghargai pengikut yg cemerlang sahaja
14. Mempergunakan (manipulasi) orang lain
15. Kurang berdoa dan mendoakan

Mengenal Diri Yang Sebenar

1. Nama dan maknanya
-Nama adalah doa harian
-Nama bertindak sebagai ubat
-Hayati maksud nama dan panggil sepenuhnya atau panggilan yg ada maksud
2. Perawakan fizikal mencerminkan peribadi
3. Tarikh lahir cerminkan peribadi
4. Grafologi sebagai asas mengenal peribadi
5. Aura-(karisma diri)
Lapisan aura -aura fizikal
-aura emosi
-aura spiritual
6. Warna kegemaran mewarnai peribadi
7. Urutan dalam keluarga pengaruh peribadi
8. Latar belakang keluarga pengaruhi peribadi
9. Aras amalan ibadah membentuk peribadi
10. Peribadi ibubapa mempengaruhi peribadi anda
11. Peribadi anda dipengaruhi peribadi kawan anda
12. Emosi ibu masa hamil
13. Nilai dan pegangan hidup
14. Keberkatan rezeki
15. Gelombang

Kursus Dengan Al-Fadhil Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

0 comments
Meransang Minda Dan Anjakan Paradigma

Melawan fitrah ertinya melawan diri sendiri. Orang yg melawan diri sendiri pasti akan sengsara dalam hidupnya!!!

Rutin Fitrah

* solat dan doa
* Maafkan semua org
* Tidur mengiring ke kanan
* Bangun tidur senyum dan berdoa
* Buang air kecil
* Buang air besar
* Sarapan dengan makan pisang
* Keluar rumah kaki kiri
* Senyum selalu
* Makan buah sebelum makan nasi
* Kasih sayang merawat segalanya
* Masuk baca basmallah, beri salam, dan masuk kaki kanan
* Mandi ikut sunnah
* Pakai warna yg sesuai
* Buat apapun secara terbaik

" Sedari hakikat bahawa setiap masalah
berpunca daripada diri kita sendiri
dan kita yg perlu menyelesaikannya"

Keyakinan adalah doa yang mustajab

SURAT BANTAHAN PENDUDUK SEKSYEN 19 KPD MB

0 comments



Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam,

29 hb. Ogos 2009.

Yang Amat berhormat,

Tan Sri Dato Abdul Khalid bin Ibrahim,
Menteri Besar Selangor.

Bantahan ungkapan Dasar Kerajaan Pakatan Rakyat “Tiada Kuil Baru dan Tiada kuil yang diroboh"

Dengan hormatnya kami merujuk perkara diatas.

2. Kami sebahagian penduduk Seksyen 19 Shah Alam telah berusaha begitu lama menuntut kuil haram Seksyen 19 dipindahkan segera. Kami kecewa dengan situasi yang berlaku sekarang pasti akan melambatkan lagi proses itu. Kami semua terkejut apabila kami dijemput ke Seksyen 23 melihat sendiri surat yang ditanda tangani oleh Adun YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil pada 7 Mei 2009. Kami juga sudah melihat tapak cadangan kuil yang hampir dengan padang permainan kanak-kanak dan kawasan perumahan penduduk.


Menurut surat itu pihak kuil bersetuju pindah tetapi meletakkan syarat-syarat. Salah satu daripada syarat itu ialah, kuil di Seksyen 19 masih boleh beroperasi hingga akhir tahun 2010. Kenapa kedua-dua YB tidak berjumpa dengan penduduk Islam Seksyen 19 mengenai perkara ini?

Penduduk sudah beberapa kali menghantar aduan, bantahan dan juga buat perjumpaan mengadu masalah-masalah dikuil itu. YB Khalid Samad sudah berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk Islam dalam masa setahun daripada tarikh perjumpaan beliau dengan penduduk pada 9/8/2008.

Sikap YB Adun Batu 3 dan Ahli Parlimen Shah Alam telah menyinggung perasaan penduduk Islam di Seksyen 23 dan di Seksyen 19. Apa yang berlaku kini apabila penduduk Seksyen 23 membantah, pihak kuil kelihatan aktif kembali di Seksyen 19. Kuil telah dicat baru, patung-patung juga semua di cat semula kerana mereka tahu kuil itu tidak akan diroboh walaupun akan dipindahkan ke lokasi baru yang akan mengambil masa satu setengah tahun lagi atau mungkin lebih panjang lagi.

3. Sikap toleransi yang begitu tinggi kedua-dua YB dengan pihak kuil yang menceroboh tanah PKNS selama dua dekad telah menyebabkan penduduk Islam kawasan berhampiran kuil bertambah kecewa. Kuil itu dahulunya digunakan oleh penduduk setinggan yang sudah lama dipindahkan.

Pada tahun 1988 semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini, kuil itu hanya sebesar tandas. TIADA bekalan air dan elektrik. Mereka yang menceroboh tanpa rasa malu mengaku tanah itu tapak mereka walaupun kawasan itu sudah menjadi milik PKNS. Semasa perjumpaan penduduk dengan pihak berkuasa mohon kuil itu dipindahkan, kami sering mendapat maklumat, pihak kuil sentiasa mendapat sokongan pemimpin MIC yang sering campur tangan apabila penguat kuasa mengambil tindakan keatas kuil itu.

Jadi kenapa YB Khalid Samad kritik pemimpin UMNO tidak berbuat apa-apa? Pemimpin UMNO tidak menyalahkan pembangkang apabila penduduk mengadu masalah kuil kepada mereka. Pihak kuil pula lupa jasa-jasa pemimpin MIC yang sentiasa membela mereka hingga dapat bertahan di kuil itu begitu lama walaupun aduan dan bantahan penduduk Islam juga telah dibuat berterusan begitu lama.

Hanya selepas kes kuil di Rimba Jaya dirobohkan dan kerajaan negeri bertukar tangan barulah mereka menyokong Pakatan Rakyat. Menurut YB Khalid Samad hasil perbincangan yang waras mereka sanggup bertolak ansur sanggup berpindah asalkan tidak jauh. Penduduk Islam percaya tanpa desakan penduduk mereka akan terus kekal disitu. Mereka tidak pernah ambil peduli gangguan yang mereka buat telah menyebabkan penduduk terpaksa membuat aduan hingga kepada DYMM Sultan Selangor pada tahun 2006. Tanpa campur tangan NGO Islam pada awal tahun 2009 mereka pasti berjaya membesarkan lagi kuil itu dan gangguan bising terpaksa dihadapi setiap hari seperti apa yang telah berlaku mulai April hingga December 2008.

4. YB Khalid Samad dalam blognya banyak menyalahkan UMNO dan NGO Islam sedangkan kedegilan pihak kuil yang enggan keluar dari kuil haram itu tidak diambil kira langsung. Mereka sudah beberapa kali dapat arahan pindah semasa dibawah BN dahulu tetapi mereka enggan keluar walaupun mereka tahu disitu tapak rumah teres dus tingkat sebanyak 16 unit.

Gangguan bising yang dihadapi semakin teruk selepas March 2008 hinggalah campur tangan NGO yang YB Khalid Samad tuduh sebagai kaki perhangat. Penduduk Islam berhampiran menyalahkan YB Khalid Samad kerana bersikap berat sebelah. Semasa NGO campur tangan membantu penduduk Islam beliau pula menyebelahi Hindu kuil. Sila rujuk dalam blog beliau yang keluar pada 10 dan 12 Januari 2009.

Penduduk Seksyen 19 sudah menjawab surat beliau dan tersiar dalam bebrapa blog. Jadi siapa yang lebih mendera penduduk Islam? Jika UMNO terlepas pandang menyebabkan jumlah kuil melebehi 1000 buah di Selangor, masjid dan surau hanya 380 sahaja, Parti Islam sepatutnya menyedari masalah yang dihadapi penduduk Islam jika kuil terletak berhampiran kediaman penduduk. Mungkin YB Khalid Samad tidak pernah merasakan apa yang telah dilalui oleh penduduk Islam berhampiran kuil di Seksyen 19, jadi YB tidak kesah jika keadaan yang sama berlaku kepada penduduk Islam Seksyen 23 apabila kuil itu dipindahkan kesana.


5. YB Khalid Samad menulis lagi "Dasar Pakatan Rakyat Mudah - tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh." Benarkah tiada kuil baru? Jika bangunan kuil lama dipindahkan mungkin kita boleh panggil pindahkan kuil lama. Tetapi jika kuil itu mengambil masa hingga satu setengah tahun baru siap itu bermakna kuil baru yang sangat besar akan didirikan disitu.

Adakah ungkapan Tiada kuil yang diroboh bermakna kuil lama akan kekal disitu?, jadi apabila mereka dapat kuil baru kuil haram di Seksyen 19 tidak akan di roboh? Jika begitu keadaannya sampai bila pun kuil itu tidak akan berganjak dari situ dan ia akan terus diaktifkan sampai bila-bila. Yang jadi mangsa dan sering diminta bertolak ansur ialah orang Melayu Islam. Masalah gangguan bising berlaku lebih serius apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pada bulan March 2008.

Gangguan bising tanpa kawalan memaksa penduduk mohon campur tangan NGO Islam kerana keadaannya sudah menjadi kronik. Jika dibiarkan kuil itu terus beroperasi hingga akhir tahun 2010, maka kemarahan penduduk Islam akan menjadi lebih kritikal jika mereka buat lagi gangguan bising terutama semasa keramaian bergendang hingga kewaktu tengah malam. Mereka yang meramaikan kuil kebanyakan datang dari luar kawasan Seksyen 19 Shah Alam. Mereka tidak pernah ambil peduli sensitiviti masyarakat Islam. Jelas sekali keadaan itu yang mendera dan mengganggu penduduk Islam.

6. Kami sertakan disini kronologi aduan, info dan maklumat masalah kuil haram Seksyen 19 dari tahun 2000 hingga Ogos 2009, surat terbuka kepada YB Khalid Samad, jemputan sidang media penduduk Islam berhampiran kuil dengan wakil-wakil NGO Islam dan media serta lain-lain dokumen yang berkaitan. Kami sertakan juga gambar-gambar kuil pada tahun 2008 dan tahun 2009. Penduduk Islam akan terus membantah sekiranya kuil yang telah mengganggu kehidupan penduduk Islam berhampiran itu tidak dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Kami sudah berusaha, kuil sudah dimaklumkan pindah ke Seksyen 22 pada 29/12/2007 selepas aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri (kes 35158), tetapi ditangguhkan kerana pilihanraya.

Jika perpindahan ini diteruskan tidak ada masalah berlaku saperti sekarang ini. Jadi wajarkah penduduk yang dipersalahkan? Pihak yang mengganggu ketenteraman awam terus dibela? Bila penduduk minta bantuan NGO Islam mereka dituduh membuat provokasi. Yang memulakan provokasi terhadap penduduk Islam ialah pihak kuil itu sendiri.

7. Jadi kami mohon agar Yang Amat berhormat Menteri Besar prihatin masalah penduduk Islam. Selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor aduan dan rayuan serta perjumpaan sudah dibuat. Tetapi sikap toleransi pemimpin Islam sendiri menyebabkan usaha penduduk Seksyen 19 terbantut lagi. Kuil yang sepatutnya pindah ke Seksyen 22 pada tahun 2008 bertukar tempat ke Seksyen 23. Lokasi yang dipilih berhampiran kawasan perumahan penduduk Islam, surau dan taman permainan kanak-kanak.

Pihak kuil pernah menolak ditawarkan berpindah ke Seksyen 23 beberapa tahun yang lalu. Menurut bekas Pembantu Khas bekas Adun Batu Tiga, mereka memberi alasan kawasan itu tempat najis kerana berdekatan Loji Indah Water. Apabila kawasan itu sudah dibangunkan menjadi kawasan perumahan majoriti penduduk Islam mereka mahu pula kawasan itu.

Penduduk Seksyen 23 sudah mengumpul maklumat dan menyiasat masalah penduduk Islam Seksyen 19 yang menghadapi masalah kuil. Mereka membantah kerana mereka tahu pihak yang akan dipindahkan itu telah membawa masalah besar yang telah berlarutan begitu lama kepada penduduk Islam Seksyen 1. Oleh sebab itu mereka berusaha agar masalah itu tidak berlaku kepada mereka pada masa hadapan.

8. Akhir kata kami merayu kuil Seksyen 19 dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Semoga aduan kami diberi perhatian yang serius oleh kerajaan negeri. Kami mohon maaf kepada YAB MB sekiranya terkasar kata dalam surat ini. Kami menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak YAB Tan Sri dan pihak SUK.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

*Mari kita tgk apakah tindakan yg akan dibuat oleh MB Selangor dgn surat aduan yg dibuat oleh penduduk Shah Alam yang seagama dgn beliau... Adakah beliau akan mengikut tindakan yg dilakukan seperti isu arak yg sebelum ini...

Di ambil dr sahabat sy Seorang Patriotik SP.

Perhatian...

1 comments
TOT Fasilitator Pelajar UiTM, ambilan 2009
Tarik tutup pendaftaran : 31 September 2009



Anda akan menerima Watikah Perlantikan sebagai Fasilitator Pelajar UiTM dan watikah ini ditandatangani oleh YAng Berbahagia Prof. Dato' Nasudin Othman, Timbalan Naib Canselor Hep & Alumni UiTM. Tugas hakiki anda ialah menjadi fasilitator Modul LPPKP dan membantu pihak Unit LAtihan HEP & Alumni, fakulti dan kampus cawangan dalam melaksanakan Modul LPPKP.

Dianjurkan oleh pihak Unit Latihan HEP & Alumni UiTM Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk menjadi fasilitator UiTM, sila datang ke Pejabat Unit Latihan di Kolej Seroja. Sila sertakan gambar berukuran pasport dan salinan keputusan peperiksaan yang terbaru.

*Kursus ini hanya untuk pelajar UiTM Malaysia sahaja. Sekiranya ada pelajar daripada cawangan ataupun franchise yang berminat, sila berhubung dengan unit latihan di tempat masing2.

Pengakuan lelaki terhadap wanita...

0 comments
Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.





"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Muhasabah Diri

0 comments
Ya Allah, jika hambaMu bercinta, cintakanlah hamba pada seseorg
yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kekuatanku
untuk mencintaiMu..

Ya Muhaimin, jika hambaMu jatuh hati, izinkanlah ku menyentuh hati
seorang insan yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh
diriku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana, jika hambaMu merindu, rindukanlah diri ini pada seseorg
yg merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah, jika hambaMU menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan
itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga
malam terakhirMu..

Ya Allah, jika hambaMu ini jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkanlah diriku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepadaMu...
(Muhasabah Diri)..(",)

Rehlah....

1 comments
Antara Ride yg pernah ku ikuti, sebenarnya dh 3 program dh, tp ride to port dickson x de gmbr rider pulak... So, hanya 2 tempat ni je yg ade gmbr..



Konvoi ke Bukit Merah, Perak (Pergi Walimatul Urus Abg Samad)





Konvoi ke Cameroon Highland
Ni pun last2 minit plan, lepas isyak, kawan2 ajak g sana gerak pukul 11 malam, sampai di Tanah Rata pukul 3 pagi... Alhamdulillah x de ape2 berlaku, sbb meter minyak dah merah, tp perjalanan ade lg 20KM mendaki bukit...
Bertolak pulang pukul 10 pagi...
Ini lah konvoi yg best skali aku pergi setakat ni..(Love to Ride)
"Boys Only"...Hhehehe

RAMADHAN.....

0 comments
Andai Ini Ramadhan Terakhir

Andai kau tahu ini RAMADHAN terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air

Andai kau tahu ini RAMADHAN terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai…sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Tubuh, minda, dan qalbu..bersatu memperhambakan diri
Mengadap Rabbul Jalil..menangisi kecurangan janji

Andai kau tahu ini RAMADHAN terakhir
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang…

Andai kau tahuini RAMADHAN terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih..berqiamullail..bertahajjud…
Mengadu…merintih…meminta belas kasih

Amdai kau tahuini RAMADHAN terakhir
Tentu dirimu akan terus memburu suatu
Malam idaman yang lebih berkat dari seribu bulan

Duhai Ilahi

Andai ini RAMADHAN terakhir buat kami
Jadikanlah ia RAMADHAN paling bererti..paling berseri..
Menerangi kegelapan hati-hati kami
Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayingMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti.

*Petikan diambil dari RAUDHAH TRIBUNE PMH UiTM (Persatuan Mahasiswa Hadhari)

Mata kadang salah melihat,mulut kadang salah berucap,hati kadang salah menduga.Tiada hidup tanpa khilaf dan dosa, bulan yg penuh rahmat dan keampunan telah datang menjelang, maafkanlah segala kesalahan agar kita mendapat rahmat dan ampunanNYA.... amiin.... Salam Ramadhan...

Soal Jawab...

0 comments
Kita bertanya:
Kenapa aku di uji?
Quran Menjawab:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Kita bertanya:
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku inginkan?
Quran Menjawab:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216.

Kita bertanya:
Kenapa ujian seberat ini?
Quran Menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286.

Kita bertanya:
Kenapa aku rasa kecewa?
Quran Menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." -Surah Al-Imran ayat 139

Kita bertanya:
Bagaimana aku harus menghadapinya?
Quran Menjawab:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Kita bertanya:
Apa yang harus aku lakukan?
Quran Menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45.

Kita bertanya:
Apa yang aku dapat dari semua ini?
Quran Menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... -Surah At-Taubah ayat 111

Kita bertanya:
Kepada siapa aku berharap?
Quran Menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129.

Kita berkata:
Aku dah tak tahan lagi....
Quran Menjawab:
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

NEVER GIVE UP.....

0 comments
Pada suatu hari ada sekumpulan katak kecil yang berlumba-lumba untuk mendaki dan mencapai puncak sebuah menara yg sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara utk menyaksikan perlumbaan dan menberi semangat kepada peserta yg masuk bertanding…
Perlumbaan pun dimulakan…..

Secara jujur, tidak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan Berjaya sampai ke puncak menara tersebut

Terdengar ada yg berkata :
“Oh, jalannya terlalu susahhh!!
MEreka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak.”

Atau;

“Confirm sorg pun x akan sampai kat puncak tue, bukannya rendah, menaranya terlalu tinggi..!!”

Katak2 kecil mulai jatuh satu persatu…
Kecuali kepada yang tetap bersemangat waja menaiki menara itu perlahan2, semakin lama, semakin tinggi..dan semakin tinggi…

Penonton terus bersorak

“Give up je la, x payah la naik lagi, buek habis tenago jo (saje edit tukar loghat)… Takkan sorg pon smpi kat atas nun!!!”

Lebih byk lagi katak kecil yg letih dan menyerah …..
Tapi ada SATU yg tetap melangkah hingga semakin dan tinggi…
Dia x mahu menyerah kalah!!

Akhirnay yg lain telah menyerah untuk naik ke menara. KEcuali satu katak ekcil yg begitu berusaha keras dan mnjadi satu2nya yg sampai ke puncak!
SEMUA katak yg lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak boleh sampai ke puncak menara tersebut, dan mempunyai kekuatan untuk sampai ?

TErnyata katak yg menjadi pemenang itu TULI!!!

MORAL OF THE STORY…..

Jangan sesekali mndengar kata org lain yg mempunyai kecenderunagn yg NEGATIF ataupun PESIMIS.
Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai’e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah ‘menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’.


Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah. Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan.


Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina

Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira

Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya

Begitulah Kisah seorang Nabi
Diuji Allah begitu sekali

Wahai Dai’e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da’wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai’e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

“Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya.” (Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” (Al-Anbiyaa’:87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai’e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” (Ali-‘Imran:139)

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan.

Design..

0 comments


Menjadi designer sekejap semasa bekerja di UILC, UiTM.... Daripada 4 design yang dibuat, design ni yg puan tue pilih. Tapi kira ok la kan, pengalaman membuat design secara professional dari buat design saje2 menghabiskan mase...(^_^)

Harap Maaf...

0 comments
Saya sedang menukar layout untuk blog ini......
On progress, buat mase ini layout belum lengkap lagi..
HArap maaf.....

MENGKAFIRKAN SESAMA MUSLIM

0 comments
Pertanyaan:

Faham yang menamakan dirinya "Jamaah Attakfir," "Jamaah Alhijrah," "fundamentalis Islam" dan sebagainya, mereka beranggapan bahawa orang yang melakukan dosa besar dan tidak mahu berhenti dicap kafir. Sebahagian lagi beranggapan bahawa orang-orang Islam pada umumnnya tidak Muslim, salat mereka dan ibadat lainnya tidak sah, kerana murtad. Bagaimana pendirian dan pandangan Islam terhadap mereka?


Jawapan:

Hal tersebut amat berbahaya dan telah menjadi perhatian besar bagi kaum Muslimin khususnya, kerana timbulnya fikiran yang terlampau ekstrim. Dalam hal ini, saya sudah menyiapkan sebuah buku khusus mengenai masalah tersebut diatas. Saya kemukakan perlunya pengkajian akan sebab-sebab timbulnya fikiran yang ekstrim dan cara-cara menghadapinya, sehingga dapat diatasi dengan seksama.

Pertama, tiap-tiap fikiran atau pendapat harus dilawan dengan fikiran, pandangan dan diubati dengan keterangan serta dalil-dalil yang kuat, sehingga dapat menghilangkan keragu-raguan dan pandangan yang keliru itu. Jika kita menggunakan kekerasan sebagai alat satu-satunya, maka tentu tidak akan membawa faedah.

Kedua, mereka itu (orang-orang yang berpandangan salah) umumnya adalah orang-orang baik, kuat agamanya dan tekun ibadatnya, tetapi mereka dapat digoncang oleh hal-hal yang bertentangan dengan Islam dan yang timbul pada masyarakat Islam. Misalnya akhlak buruk, kerosakan di segala bidang, kehancuran dan sebagainya. Mereka selalu menuntut dan mengajak pada kebaikan, dan mereka ingin masyarakatnya berjalan di garis yang telah ditentukan oleh Allah, walaupun jalan atau fikirannya menyimpang pada jalan yang salah dan sesat kerana mereka tidak mengerti.

Maka, sebaiknya kita hormati niat mereka yang baik itu, lalu kita beri penerangan yang cukup, jangan mereka digambarkan atau dikatakan sebagai binatang yang buas atau penjahat bagi masyarakat. Tetapi hendaknya diberi pengarahan dan bimbingan ke jalan yang benar, kerana tujuan mereka adalah baik, akan tetapi salah jalan.

Mengenai sebab-sebab timbulnya fikiran-fikiran tersebut adalah seperti berikut:

1. Tersebarnya kebatilan, kemaksiatan dan kekufuran, yang secara terang-terangan dan terbuka di tengah masyarakat Islam tanpa ada usaha penccgahannya. Bahkan sebaliknya, untuk meningkatkan kemungkaran dan kemaksiatan dia menggunakan agama sebagai alat propaganda untuk menambah kerosakan-kerosakan akhlak dan sebagainya.

2. Sikap para ulama yang amat lunak terhadap mereka yang secara terang-terangan menjalankan praktek orang-orang kafir dan memusuhi orang-orang Islam.

3. Ditindaknya gerakan-gerakan Islam yang sihat dan segala dakwah yang berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Maka, tiap-tiap perlawanan bagi suatu fikiran yang bebas, tentu akan melahirkan suatu tindakan kearah yang menyimpang, yang nantinya akan melahirkan adanya gerakan bawah tanah (ilegal).

4. Kurangnya pengetahuan mereka tentang agama dan tidak adanya pendalaman ilmu-ilmu dan hukum-hukum Islam secara keseluruhan. Oleh kerana itu, mereka hanya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, dengan faham yang keliru dan menyesatkan.

Keikhlasan dan semangat saja tidak cukup sebagai bekal diri sendiri, jika tidak disertai dasar yang kuat dan pemahaman yang mendalam mengenai hukum-hukum Islam. Terutama mengenai hukum syariat dan ilmu fiqih, maka mereka ini akan mengalami nasib yang sama dengan para Al-Khawarij di masa lampau, sebagaimana keterangan Al-Imam Ahmad.

Oleh kerana itu, orang-orang saleh yang selalu menganjurkan untuk menuntut ilmu dan memperkuat diri dengan pengetahuan Islam sebelum melakukan ibadat dan perjuangan, agar teguh pendiriannya dan tidak kehilangan arah.

Al-Hasan Al-Bashri berkata: "Segala amalan tanpa dasar ilmu, seperti orang yang berjalan tetapi tidak pada tempatnya berpijak (tidak pada jalannya).

Tiap-tiap amal tanpa ilmu akan menimbulkan kerosakan lebih banyak daripada kebaikannya. Tuntutlah ilmu sehingga tidak membawa madharat pada ibadat dan tuntutlah ibadat yang tidak membawa madharat pada ilmu. Maka, ada segolongan kaum yang melakukan ibadat dan meninggalkan ilmu, sehingga mereka mengangkat pedangnya untuk melawan ummat Muhammad saw. yang termasuk saudaranya sesama Muslim (saling berperang tanpa adanya alasan). Jika mereka memiliki ilmu, tentu ilmu itu tidak akan membawa ke arah perbuatan itu."

*Diambil dr Fatwa Qardhawi*

Tagged

0 comments
I got tagged..
Sebenar-benarnya sy tidak tahu ape itu tag (yg dlm blog), tetapi setelah diamati dan dibace dr blog org yg memberi tag kepada sy ini baru sy tahu ape itu tag.(^_^)v... Ni pun terlmbt sebenarnya ni sbb dah lama x buka blog ni sibuk dgn membuat projek paper & program2 di Universiti....

Peraturan2 tag yg diberi oleh sahabat sy ialah :
1) Copy gambar amal Islam di atas.
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu?


Sahabat2 yang sy pilih ialah:
Asak : Junior yg boleh dikatakan sekepala.(",)
Bobo : Pelawak yg membuatkan org x kering gusi.(Prnh masuk Raja LAwak ni, tp sangkut ditgh jalan).(",)
Naguib : Kartunis dan designer yg berbakat, (Prnh mng prtandingan ni). (",)..

X cukup 10 org nie, tp ni dikira ada la jgk dr tiada....
Sekian...

Recovery File....

0 comments
Sekadar berkongsi2 ilmu mengenai IT...

La ni ramai yg habaq virus byk la, habis sume file virus dah delete....
Sebenarnye file tu bkn di delete, cuma ia hidden dan x boleh show walaupun kita dah buka kat folder option, untuk recovery semula file tersebut, cba step2 di bawah..( using command promt)

1. click start>>run>>type in "cmd"
2. type the location of your flash drive.. e.g. "d:", "e:", "f:", etc..
3. type "dir /ah"
*you will now see the files/folders with hidden attributes
4. type "attrib [name of file/folder] -r -a -s -h"
*if you're going to unhide files, you should type the whole name plus the extension (format).. example "attrib party.jpg -r -a -s -h"
**if you have folders with 6 characters and above, type the first 6 characters then "~1".. example for folder named "birthday"
"attrib birthd~1 -r -a -s -h"
5. you should repeatedly type dir /ah after unhiding some files/folders so you'll know if they're now working or not..
6. now check you flash drive.. it should be there..

Semoga berjaya...

Kuku & Cincin...

0 comments
Kuku Panjang
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Pemakaian cincin

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut ..


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin

pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

Adab memotong kuku......

0 comments

Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.

Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.

Kaedah yang paling mudah ialah:-

KUKU TANGAN

  1. Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
  2. Jari Tengah tangan kanan
  3. Jari Manis tangan kanan
  4. Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
  5. Jari Kelingking tangan kiri
  6. Jari Manis tangan kiri
  7. Jari Tengah tangan kiri
  8. Jari Telunjuk tangan kiri
  9. Ibu Jari tangan kiri
  10. Ibu Jari tangan kanan

Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.

KUKU KAKI - Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan . (cara terus, straight – cara “highway”)

Kata Belakang....

0 comments

Rasulullah s.a.w bersabda “Siapa yang melihat saudara seagamanya diumpat dan dia tidak menolong saudaranya padahal dia boleh melarang atau menyokong saudaranya, maka Allah akan menghinanya di dunia dan akhirat” (Riwayat Ibnu Ad Dunya dari Anas)

Mengumpat iaitu menceritakan keburukan seseorang di belakangnya. (walaupun perkara itu benar). Sahabat pernah bertanya kepada Nabi s.a.w apakah dikira mengumpat sekiranya perkara itu benar. Nabi menjawab ya, jikalau perkara itu tidak benar, ia dikira fitnah.

Imam Abu Hanifah memberi wang kepada orang yang mengumpatnya kerana orang yang mengumpat itu memberi pahala kebajikan kepadanya.

Maka, kita hendaklah Melarang atau meninggalkan orang yang mengumpat saudara Islam yang lain. Orang Islam hendaklah menyayangi antara satu sama lain.

Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi )

0 comments
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan bersama.......

Rahsia Bulan Kelahiran...

0 comments

Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa

diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya'aban

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah

semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.


Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.


Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari ; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita.

Renung-renungkan lah......

0 comments

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang?

Fikir-fikirkan la...... Sebagai renungan kita bersama.

Tazkirah Dan

0 comments
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. .
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam. .kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya. .

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam. .
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah. .
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..mengingina kan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan. .

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat
iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan. .huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang. .
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak. .
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje
kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan
lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini,
solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati. ."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang
ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang
couple.
Tapi saya tragak-agak. .
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang
diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah . Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal
seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak
la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu
kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya. .couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan,
begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam,
perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.
Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat
kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms
pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-
selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah
menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap
haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan
setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan
(Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta
ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta
lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu
tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu
sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam
kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia,
nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan
dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji
dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti
banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri.
Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah
dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak
call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi
akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila
bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam
hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check'
dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.
Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh
berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan.
Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula
boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.
Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari
daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu
kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah
sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana
buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal
isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak
diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya
selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti
mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya
takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima
keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu
cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother
tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa?
Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak
kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha
Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha
Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan
terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat
keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-
apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab
nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua
orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar
yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia
hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini.
Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana
tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade
juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi,
kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah,
lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan
dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah
awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu
sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia
perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum
sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah
Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila
baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai
yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother
ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda
ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni.
Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti
hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu
doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum. .Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi
Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah
dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan
istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah.
Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-
Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum. ."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap
selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan
ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak
percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab. ."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg
tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi
itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu
yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia
amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja
lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus
cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram,
tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk
yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar
bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena
tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya
itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah
manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap
tiada gunanya..

Assalamualaikum. .saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-
Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya.
Biar Allah yang menentukan.. Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. .


petikan dari www.iLuvislam. com
oleh: umairzulkefli

Mengapa Yahudi Bijak

0 comments
> Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani
> housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa
> perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan
> tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang
> tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,
> dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang
> paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang
> paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai
> oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,
> senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan
> sebagainya.
>
> Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang
> saya menghitung hari untuk pulang ke California saya
> terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa
> tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu
> kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh
> dijana? Seperti kilang pengeluaran?
>
> Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya,
> disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara
> harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini
> mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk
> mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
>
> Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat
> resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan
> sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan
> bangsa dan kaum kaum lain.
>
> Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan
> zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang
> mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan
> sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan
> membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik
> bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang
> mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada
> saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya,
> oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja
> dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada
> beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab,
> "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan,
> saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius
> apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik
> untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik
> kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat
> latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
>
> Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau,
> sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang
> badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan
> utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad
> yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
> menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
> otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang
> dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di
> dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang
> Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan
> untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak
> ikan.
>
> Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang
> Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu
> mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka
> gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan
> biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan,
> menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan
> bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama
> badam.
>
> Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan
> dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat
> jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan
> buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan
> kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini
> akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah
> untuk memahami pelajaran disekolah.
>
> Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang
> makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa
> malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan
> merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti
> Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel
> utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini
> bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat
> otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat
> ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para
> perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar
> rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
>
> Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka,
> Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah
> buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil
> minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak
> Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa
> iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka
> telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu
> kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami
> nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan
> sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
>
> Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate
> (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali
> genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.
>
> Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan
> diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains
> amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya,
> perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh
> berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
> kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap
> oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga
> menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi
> keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman
> saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus
> sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk
> perhidmatan negara.
>
> Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi
> (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata
> sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek
> mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut,
> tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa
> senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke
> institut tinggi di Politeknik dan Universiti.
>
> Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.
> Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan
> seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di
> universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki
> melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan
> lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat
> keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah
> kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja
> sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah
> mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang
> mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di
> Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
>
> Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah
> mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala
> mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka
> dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di
> Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya
> menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat
> mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat
> orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala
> dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai?
> Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi
> (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
>
> Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia
> membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah
> tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas,
> jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan
> pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan
> anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut
> landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell
> Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood,
> Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah
> naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi
> dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk
> mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik
> mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah
> saya tahu mengapa hospital di New York dan California
> sentiasa kekurangan doktor pakar.
>
> Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan
> keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan
> semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin?
> Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah
> si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi
> konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya
> ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan
> berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil
> adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan
> bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak
> mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan
> konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang,
> dart dan menembak.
>
> Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah
> tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok.
> Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan
> sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu
> susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga
> sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari
> untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah
> Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya
> begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran
> mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat
> banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun
> hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar
> Manhattan!!
>
> Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan
> generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong
> teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta,
> dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga
> hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok!
> Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan
> penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah
> universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat
> dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat
> berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka
> begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga
> berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia?
> Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
>
> Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama
> atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari
> semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu
> politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah,
> mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti
> Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
> memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara
> mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi
> sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini
> setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah
> saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia
> dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya
> hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
>
> Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia
> yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat
> tanpa mengenal batasan bangsa.
>
> Dr. Stephen Carr Leon